layan kepala...

Bila pompuan kena marah dengan lelaki
Mula la merajuk sambil protes hentak hentak kaki
Lelaki yang marah rasa tak sampai hati
Tengok perangai pompuan yang manja sekali

Tapi bila pompuan yang marah kat lelaki
Jangan sekali kali lelaki nak merajuk tanda tak puas hati
Nanti marah pompuan akan bertambah lagi
Bukan saja hentak kaki, silap silap kepala lelaki di hentak sekali

Bila pompuan buat salah dengan lelaki
Pompuan mintak ampun sambil senyum tak henti henti
Kalau tak berkesan, pompuan mengalirkan air mata kat pipi
Alehai...manjanya pompuan, terus lelaki sejuk hati

Tapi andai lelaki yang membuat salah kat pompuan
Jangan la lelaki cuba dok senyum bukan bukan
Walaupun mengalir air mata darah lelaki keluarkan
Pompuan tetap tak cair bahkan langsung tak heran

Bila pompuan kecilkan hati lelaki
Pompuan pun akan mintak ampun berkali kali
Dengan muka manja pompuan kata lain kali tak buat lagi
Cis! Ni yang buat lelaki tak boleh tahan ni

Tapi jika pompuan berkecil hati dengan lelaki
Jangan la lelaki jemu untuk memujuk kembali
Kalau lelaki sama sama buat tak peduli
Alamatnya tinggal la lelaki tu dok gigit jari

Ni semua contoh krisis dalam hubungan
Tatkala marah, jangan terlalu ikut hati perasaan
Baik lelaki mahupun pompuan
Masing masing punya peranan
Bila pompuan marah, lelaki tolong pujukkan
Tapi bila lelaki marah, pompuan....arghh!!! pedulikan

Bila lelaki tiba tiba terkentut
Pompuan terus pandang buat buat terkejut
Pastu gelak kat lelaki sampai nak pecah perut
Jenuh lelaki tahan malu buat muka macam badut

Tapi bila pompuan tiba tiba terkentut
Lelaki buat bodo ajer sambil tahan nafas sampai semput
Kalau gelak, mesti muka pompuan berkerut kerut
Pastu merajuk jenuh lelaki pujuk sampai nak kena melutut

Andai kata lelaki tiba tiba terkentut
Lelaki bagitau sorry sebab angin masuk perut
Kot kot la pompuan kesian dan nak tolong urut
Tapi malangnya pompuan asyik dok tekup hidung ngan mulut

Akan tetapi bila pompuan tetiba prot prot protttttttt
Tambah tambah plak bersama dengan bau yang cukup out
Lelaki dengan steady cakap...nak buat camna, dah nak terkentut
Tapi dalam hati tak tahan bau...rasa macam nak terjun laut

Jika lelaki tiba tiba terkentut dengan spontan
Lelaki bagitau nak buat camna dah tak boleh tahan
Pompuan gelak ajer walaupun bau macam nak pengsan
Tapi kat dalam hati dok mengata apa la punya jantan

Andai pompuan terkentut sebab tak boleh tahan
Pompuan pura pura tanya lelaki ada tak bau macam bangkai haiwan
Lelaki pun angguk dan cakap rasa rasa macam ada perasan
Padahal lelaki tau pompuan kentut tadak bunyi lepas pelan pelan

Tapi semua ni adat la kan
Baik untuk lelaki mahupun pompuan
Dah nak terkentut, takkan la nak tahan tahan
Janji bahagia tenang dan hubungan aman

Pompuan cukup benci dengan lelaki penipu
Konon setia tapi belakang ada pompuan lagi satu
Tapi pompuan kena sedar dan tahu
Cinta tak semestinya bersatu, tapi tak mustahil berdua, bertiga dan lebih dari tu

Pompuan cukup bengang dengan lelaki mata keranjang
Walaupun keluar bersama, pompuan lain pun sempat di pandang
Tapi pompuan kena la bersabar dan bersifat matang
Kerana cinta itu buta, pandang sapa pun..di hati tetap pompuan tu sorang

Pompuan kadang kadang tak berapa suka dengan lelaki kedekut
Apa lelaki minta, semua dia kasi...apa dia minta pulak, lelaki cukup kemut
Tapi pompuan kena redha dan jangan sangat berkira apa yang patut
Kerana cinta itu keikhlasan, bukan ajer cuma cakap takat mulut

Pompuan juga tak gemar dengan lelaki ulat bulu
Tak kira sapa, semua lelaki tu nak sapu
Tapi pompuan kadang kadang kena sedar selalu
Cinta tak mengenal siapa...so tak salah la lelaki buat lagu tu

Oleh itu pompuan kena la sabar dan memahami
Jangan asyik nak melenting kalau lelaki perangai sebegini
Sebaliknya pompuan kena sedar dan kena amik peduli
Sebab mengikut kajian yang tak rasmi
Bilangan lelaki dah makin berkurangan dalam dunia ni
Kalau asyik nak marah, karang lelaki tamau...pompuan jugak yang rugi

credit to..layan kepala

4 comments:

    13 may.. antara fev blog yg aku suka terjah...

    29 Apr...harijadi aku..hahahaha

    So? =P

    so...
    ko kene sediakan hadiah2 utk...
    hahaha..

Blogger Templates by Blog Forum